Tahun baru maka usia pun baru.. Selain daripada kita mensettingkan goal
kita untuk setiap tahun, sepatutnya apa yang kita perlu fikirkan ialah
kecantikan diri seiring dengan bertambahnya usia..
Aku sejak remaja
lagi memang sudah memasang angan2 dan impian bahawa bila dewasa nanti
aku akan menjadi perempuan yang cantik hingga ke usia tua jika
dipanjangkan umur oleh Allah SWT. Insya Allah...
Aku pernah tulis
dalam dairi yang bila dewasa nanti aku akan memakai set penjagaan wajah
dari jenama2 yang mahal seperti Clarins dan membayangkan diri begitu
jelita diusia 20-an... Hehehe... Kalau nampak iklan2 kosmetik
dimajalah2, aku teruja sangat membaca apakah kebaikan produk itu. Dan
kegilaan ku membeli majalah Remaja telah memberi aku ilmu facial sendiri
di rumah. Pada usia 18 tahun aku suda start facial sendiri. Masa tu aku
memang ada set pencuci muka, skrub dan mask sbg bahan asas dalam
melakukan facial. Cara2 yang aku biasa amalkan dulu ialah:
1. Cuci muka dengan sabun muka.
2.
Stimkan muka menggunakan wap air mendidih ( aku akan tuang air panas
dalam besen kecik dan hadapkan muka atas permukaan besen. Tujuannya, wap
itu akan melembutkan dan membuka liang roma yang tersumbat bagi
memudahkan penyentalan kulit mati, whitehead dan blackhead).
3. Pakai skrub.
4. Pakai mask.
5. Bilas muka pakai toner dan pelembap.
Ok,
inilah rutin aku tiap minggu. Alhamdulillah, rutin ini banyak membantu
kesihatan kulit. Muka ku mudah diserang jerawat pasir.. So bila ada
jerawat yang mengering, muka ku sangat kasar so disanalah peranan skrub
untuk mengembalikan kelicinan kulit. (Napa ayat2ku ni skema betul?).
Dalam
family aku, terutama mama, bukanlah pengamal ilmu2 kecantikan. Tambahan
pula, semasa muda kulit mama memang cantik semulajadi tanpa sebarang
masalah. Hanya bila sudah beranak-pinak dan usia meningkat baru nampak
masalah kulit mama tapi mana dia kisah.. Aku balik2 nasihat pun nda mau
dengar. Cuci muka, dan taruh pelempab pun nda disiplin. Skrub, masker
lagilah jauh sekali. Naa, dari situ aku macam takut dengan penuaan
pramatang pada kulit. Tambahan lagi kulit ku memang sensitif dan susah
dijaga.. So sampai sekaranglah rutin itu masih aku buat sejak usia 18
hinggalah 27 tahun. Sampaikan abis ribuan membeli mesin facial tapi
berbaloilah. Walaupun kulit muka ku ndala secantik yang lain sbb kulit
memang mudah bermasalah, tapi paling penting, kedutan2 ketara di tempat2
yg familiar macam belum kenampakan dan sepatutnya pada usia ni perlu
suda mengamalkan kalogen untuk menentang masalah kulit pada umur 30-an
yang mana keanjalan kulit akan mula jatuh menjunam tapi buat masa ni
belum lagilah aku start dan kalau aku mau start nanti jenama pilihan
suda ada iaitu El-Marino, Elken !
Tentang pemilihan jenama produk
ni pula, bezanya jenama di pasaran dan El-Marino, Elken ni ialah produk
kalogen yang ada dipasaran tu lepas kita minum dia pandai hilang.. So
kena konsisten pengambilannya sepanjang masa jika mau kulit sentiasa ada
bekalan kalogen tapi apa yang aku tau El-Marino ni, kalogen yang kita
minum akan kekal dalam kulit. Hilang secara semulajadi bukan hilang
kerana cara kalogen itu dihasilkan sebelum dijual. Lain company lain
cara buatkan, naa itulah kelainan Elken.
Aku bukan taksub sangat
dengan produk Elken, tapi sebelum dia buat produk dia akan kaji kenapa
produk dia lebih baik dari produk yang sedia ada... Selagi dia bukan
terbaik dalam pasaran Elken nda akan buat produk itu. Itu memang prinsip
dia. Dan dia cari produk bukan sekitar Malaysia tau, dia akan cari
seluruh dunia, pilih semua yang terbaik, buat perbandingan dan akan
ambil yang terbaik dari yang terbaik! Memang baik punyalah! Sebab itu
harga agak mahal tapi kualiti memang nda buli cakaplah.
Lagi satu
Elken punya cara sebelum dia pasarkan produk, dia ambil masa yang lama
untuk kenalpasti produk itu betul2 terbaik. Selepas produk itu dibuat,
orang dalam akan mengamalkan dulu produk itu untuk membuat testimoni,
barulah dijual secara rasmi. Dia bukan upah siapa2 untuk test produk tu.
Tidak perlukan mana2 artis untuk jadi duta walaupun ada artis yang guna
produk dia.. Nda perlu balik2 masuk Selamat Pagi Malaysia, Wanita Hari
Ini untuk buat publisiti atau pasang banner di setiap tempat untuk
promote dia punya barang. Sangat ekslusif. Dan ada diantara produk itu
mengambil masa sehingga 2 tahun untuk testimoni sblm dilancarkan.. So
itu yang aku trust sgt2 produk Elken.
Ingat lagi dulu ada kawan
tanya "kalau Elken tu best sangat kenapa nda pernah keluar tv?". Segala
apa barang yang diiklankan di tv tu bukannya semua bagus. Iklan tu
berharga beribu-ribu ringgit jadi ada dia kisah produk kau bagus ka nda?
Yang dia tau, kau bayar, dia iklan. Itu ja. Sudah famous, seluruh dunia
mau beli. Barang laku, stesen tv pun tambah kaya. Atau Elken tiada duit
untuk kos promosi bayar tv dan bayar artis jadi duta? Rekod jualan
Elken yang baru 16 tahun ditubuhkan, tiap tahun setanding dengan company
MLM yang suda 40 tahun di Malaysia. Ratusan juta. (Tiba2 emo..).
Maksudnya di sini, jenama lain bukan nda baik tapi kita mau yang terbaik. (Urm, poyo!). Apapun pilihan ditangan masing2. Hehe..
Casino City - MapyRO
BalasHapusCasino City in Biloxi, 화성 출장마사지 MS. 거제 출장안마 Casino City 공주 출장샵 Map is a fully licensed, legal and 논산 출장마사지 interactive gambling website that hosts and promotes the Distance to airport: 3.4 miLocation rating: 8.1Nearest airport: Biloxi Airport 용인 출장마사지 MS Rating: 4 · 9 votes